Wednesday, November 16, 2016

Road Trip To New Zealand Day 1 : KLIA - Changi Airport - Brisbane Airport - Christchurch Airport

Assalamualaikum wbt and haiiii koranggg!

Wah, obvious sangat excited nih! Baru jejak kami ke Malaysia malam semalam, pagi ni dah start update blog dah hahah

Well, ni semua sebab dah kena warning dengan husband.. Husband dok bising yang selama ni dah pergi macam-macam tempat, penat dia amekkan gambar lawa-lawa sekali nana tak update pun blog.. Kalau update boleh lah simpan buat kenangan untuk baca di kemudian hari kannn..

So, this time nana nekad nak update blog pasal percutian ke New Zealand ni selengkapnya daripada mula sampaiii habis.. Mohon korang doakan semoga nana istiqamah ye :)

Anyway trip kali ni memang agak special lah bagi kami suami isteri sebenarnya.. Tak lain tak bukan sebab ini adalah trip pertama nana dengan suami ke luar negara bawak anak yeayyy! Nanti dekat entry lain nana akan kongsikan pengalaman bawak anak bercuti ke NZ beserta dengan tips ya..

Trip kami ni actually road trip.. Means that kami travel dengan kereta, tak stay dekat satu-satu tempat je.. Yang tu nanti kita cerita mengikut kronologi yaa..

Sebenarnya pergi New Zealand ni memang salah satu impian hidup nana yang memang nana nakkkkk sangat-sangat.. Sebab nana sukakan nature.. Nana suka tengok alam semulajadi cantik-cantik..

And satu je nana nak cakap pasal NZ nih, IT WAS SUPER AWESOME! Pemandangan cantik sangat-sangat sampai tak terungkap dek kata-kata.. :')

So Alhamdulillah sangat, Allah izinkan impian yang satu ini tertunai.. Terima kasih Ya Allah..

Perjalanan kami mengemembara ke bumi New Zealand yang sangat indah tu bermula dengan flight dari KLIA ke Changi Airport.. Kami sampai KLIA masa tu around pukul 4 macam tu since flight kami pukul 5, dengan penerbangan Malaysia Airlines..


Tq my downline, ummi yang sudi datang hantarkan kami and tolong amek gambar sekali hehe



Si kecik yang pertama kali nak naik flight seumur hidup



Muka tu memang malas je nak layan mami kannn hahah

Tak berapa lama dalam flight, eh tiba-tiba dah sampai dah Airport Changi.. Hahah kemain sekejap lagi haa

Sesampai je dekat Airport Changi ni kitorang kena jalan jauh lah jugak untuk ke terminal seterusnya.. Siap kena naik train lagi..

Airport changi ni memang dari dulu aku stress je setiap kali datang sini tauuu.. Sebab besar sangattt.. Letih nak menapak hahha Ingat lagi masa pergi US tahun 2014 dulu, pun kena menapak jauh jugak.. Dok terbayang masa tu kan best kalau boleh naik buggy.. Tapi asyik penuhhh je.. Maka menapak lah kami anak beranak sampai ke terminal seterusnya.. huhu





Masa dekat Changi Airport nih kitorang transit dalam sejam lebih jugak laa sebelum flight seterusnya ke Brisbane..

Kalau nak tahu, trip ke NZ ni memang panjang dan meletihkan.. Lebih kurang macam trip nak pergi US.. Which is memang lamaaa dan banyak transit..

Lama tu tak berapa kisah sangat.. Tapi banyak transit tu yang maleh tu.. Takpe, demi NZ yang wonderful tu ku sanggupppp! hehe

So tiba lah masa untuk kami berangkat ke Brisbane dengan menaiki pesawat Qantas Airlines.. Qantas ni cara nak pronouns dia bukan Qantas tau.. Tapi Quantas.. Mujur lah sebelum pergi tu adik ipar dah bagitahu sebutan yang betul hahah

Actually kalau bukan kerana nak pergi NZ ni, nana sendiri tak pernah tahu kewujudan Qantas Airlines nih.. Dia lebih kurang macam MAS jugak laa.. Tapi lagi best dan selesa kot.. Memang sukaaa sangat lah naik Qantas Airlines ni :)

Perjalanan daripada Singapore ke Brisbane memakan masa lebih kurang 8 jam jugak lah..

And nak tahu tak, boleh kata dalam 5 jam pertama tu Yaya memang tak tidur lansung.. Dia macam tak berapa selesa sangat atas flight..

Sebab yaya ni selalunya bukan seorang budak yang banyak ragam.. So mami dia agak stress jugak laa bila tiba-tiba dia meragam dalam flught haritu sebab tak expect pon hahah

Maybe dia tak biasa kan.. Yelah, first time naik flight kott.. Dah naik flight jauh-jauh..

Patutnya kena training dulu sebelum pergi NZ haritu naik flight dekat-dekat ke.. Tapi nak buat cemana, mak pak busyyy.. huhu

Masa dalam flight haritu kami memang ada request Bassinet untuk yaya..

Tapi harammmmmm dia nak masuk dalam tu.. Memang TAKLAAA.. hahaha

Ada one time tu dia dah tertidur so kitorang pun nak letak lah dalam bassinet, sekali dia punya menjerit macam kena deraaaaa.. hahhah

So takpelah, baring jelah atas pangkuan mami ni nak.. Asalkan yaya tidur.. Supaya mami dan orang-orang sekeliling pun boleh tidur hahah

And finally, after 8 hours flight finally kitorang sampai pun Brisbane around 6.45 pagi waktu tempatan.. Pheww


Masa dekat Brisbane ni kitorang pun buat lah apa yang patut, gosok gigi cuci muka semua.. Tukarkan baju yaya, tukar pampers semua..

Tak lama dekat Brisbane, around pukul 8 macam tu dah sampai masa untuk flight ke Christchurch dah.. Masa ni dalam hati girang tak terkata heheh Sebab exciteddd sangat!

This time nana memang harap sangat dapat tempat tepi tingkap sebab harap-harap boleh nampak pemandangan NZ masa atas flight nanti.. Kot nampak gunung-gunung salji ke kan..

Tapi malangnya, aku rupanya duduk sebelah sayap kapal terbang T____T

Takpelah, redha jelah.. Asalkan nampak jugak pemandangan kat luar sobs

Sepanjang flight Brisbane - Christchurch tu, yaya memang tido sepanjang perjalanan.. Legaaa sungguh hahah Boleh mami pun tidur sekejap..

Then masa terjaga tu, tengok dekat luar, SUBHANALLAH, kat hujung sana ada gunung-gunung salji :') Masa tu rasa nak menjerit menangis semua ada.. Excited sangat-sagatttttt


Dalam gambar tak nampak sangat, tapi in real memang nampak sangat gunung-gunung tu tau.. Eiii geram betul dengan sayap kapal terbang ni tauuu.. Kalau tak dok tepi sayap tu mesti pemandangan lagi clear hahahha

And Alhamdulillah, finally after almost 20 hours journey, finally kami sampai ke bumi kiwi yang sangat cantik dan indah ni :')

Sesampai je dekat Aiport Christchurch, kami kena lalui kastam dan imegresen.. Alhamdulillah takde kejadian kena sekat ke kena denda ke ada barang ke buang ke..

FYI, nak masuk ke NZ ni memang ketat tau kalau bawak makanan.. Jangan lah korang sesekali bawak makanan yanh tak boleh dibawak, ataupun korang tak declare makanan yang korang bawak tu..

Sebab denda dia mahal gilaaaaa.. NZD100 kot.. Bersamaan dengan RM300 jugak lah duit malaysia..

Tak pepasal je weh.. NZD100 tu boleh guna beli souvenir atau buat aktiviti-aktiviti dekat NZ ni tau..

So after dah setel semua urusan, kami pun pergi lah beli simkad telefon semua then husband pick up kereta sewa.. Rezeki kami lah kiranya ni, sebab ikutkan kami sewa kereta Nissan Sylphy je, tapi rezeki dapat Honda Odyssey hehe.. Bonet dia besarrrr.. Puas sungguh rasa.. Buat penat je kami jimat-jimat space dalam luggage sebab dok ingat kereta bonet kecik.. Sekali rupanya dapat kereta nalaaaa punya besar bonet dia hahaha


So lepas dah amek kereta, kami pun gerak ke Motel untuk check in.. Kitorang stay dengan Sunshine Inn yang terletak tak berapa jauh daripada Airport.. Gambar masa awal-awal sampai takde lah pulak haha.. Takpe, nanti entry hari kedua ada gambar motel.. ;)

Lepas dah check in, mandi solat semua.. Around jam 6 lebih macam tu kami decide nak keluar jalan-jalan sekitar Christchurch.. Husband ajak pergi Akaroa yang terletak tak berapa jauh dari Christchurch.. 

Kat sini siang panjang.. Maghrib dalam pukul 8 lebih macam tu.. So kami bajet sempat lah sampai Akaroa masa sunset.. 


Gelap-gelap pun lawa.. Kalau siang mesti lagi lawa.. Sayangnyaaa


Jetlag hehe


Kiri kanan perjalanan ke Akaroa



Masa OTW ke Akaroa ni sebenarnya dah nampak dah kecantikan NZ.. Tapi sebenarnya pemandangan semua ni baruuuuu 5% je daripada kecantikan NZ yang sebenar.. hihi

InshaAllah next entry nana kongsi keindahan sebenar bumi New Zealand yang sungguh-sungguh cantik tak terungkap dek kata-kata :')

Bila dah betul-betul gelap, kami pun decide nak patah balik je.. Takpelah tak sempat sampai Akaroa pun, kiri kanan jalan dah cukup cantik dahhhh hihi sedapkan hati sendiri ;P

Sampai je dekat Christchurch semula, kami terus pergi pasar raya nak beli bahan mentah sikit untuk memasak sepanjang dekat NZ ni.. Macam beras, telur,sayur semua tu..

Fyi, kalau dekat bumi NZ ni sebenarnya yang paling mudah ialah korang masak je sendiri.. Sebab ada certain tempat yang takde kedai makan.. Ada tempat yang takde kedai makanan halal..

So suka atau tidak, rajin ke tidak, masak jela weyhhh hahaha


Kitorang shopping dekat Countdown yang bukak sampai pukul 12 tengah malam.. Masa ni dah around pukul 10 waktu tempatan macam tu dah.. 



Fresh flowersss.. Tapi takmau beliii.. Kat tepi tepi jalan bersepah bunga sebenarnya sebab sekarang tengah musim bunga hehe


Kentang purplee


Ada budak jetlag hehe


Tengok laaa.. Punya lah fresh sampai nampak macam sayur plastik je hahaha





Kat sana bayar scan sendiri ye kawan-kawan.. Mostly kat sana pakai credit card je.. So taknak bawak cash pon takpe..

Lepas dah setel shopping, kami pun balik motel and nana terus kelentang kelentung dekat dapur masakkan untuk mami papa n yaya hehe

Makanan yaya pun tak ketinggalan.. Mesti kena masak jugak sebab yaya tak suka sangat makanan segera.. Nana dah beli dah serbuk bubur segera yang macam cerelac tu.. Tapi organik punya.. Dia taknak langsung! Tahu lah mami masak sedap kannn hahah



Bubur nasi + carrot + garlic + brokoli




Kari salmon.. Sedappppp weyhh hhahaha puji diri sendiri


Kubis goreng telur.. Sedappp hahahha puji diri lagi

Lepas je makan,terus tidur sebab esok pagi-pagi kena check out pukul 10 pagi.. Kat NZ check out awal betul.. Letih semalam pon tak hilang lagi tau sobss..

Tapi papepon, nantikan ye hari kedua punya entry yang semestinya nana nak share keindahan sebenar bumi New Zealand yang buatkan mulut nana terlopongggg masa first time tengok hehhehe

Stay tunedddd!

Jumpa next entry tauuuu!

Till then, Assalamualaikum wbt






4 comments:

  1. update byk² tau..mmg tringin sgt nak pegi nz..msih dlm plan..lgpn br blk sydney..duit da abis..hihi

    ReplyDelete
  2. Slm.roadtrip mcm ni perlu tak bwk stroller?

    ReplyDelete
  3. Slm.roadtrip mcm ni perlu tak bwk stroller?

    ReplyDelete
  4. Salam, akk and family beli tiket flight dlm brp RM?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...