Tuesday, October 25, 2016

Pengalaman Pembedahan PRK bersama Datuk Dr Baljit Kaur di KPJ Ampang Puteri

Assalamualaikum wbt 


Alhamdulillah, harini dah hari ke 6 selepas pembedahan PRK yang nana jalani pada jumaat lepas.. So seperti yang nana dah janjikan, nana nak kongsi lah sedikit pengalaman menjalani pembedahan PRK bersama dengan Datuk Dr Baljit Kaur di KPJ Ampang Puteri baru2 ni 😊


Antara soalan fav yang kerap ditanya pada nana ialah, WHY PRK? WHY NOT LASIK? Okey, satg nana cerita naa.. Kita ikut kronologin cerita dulu hihi


So, kisah macam mana nana start terasa nak buat LASIK ni dah lama dah.. Nana memang dah lama dah rasa takmau dah pakai spek dan lens.. Tambah-tambah bila bulan depan InshaAllah kami sekeluarga akan travel ke luar negara.. 


First nana nak tengok keindahan alam semualajadi dengan mata nana sendiri dengan sejelasnya.. (sebab spek sekarang dah kurang power LOL)


Second sebab malas nak leceh2 dah.. Kang spek hilang lah lupa letak mana lah.. Nak pakai sunglass pun susah.. Nak pakai lens leceh.. 


So start dengan Jumaat 2 minggu lepas, nana pergi ke Advance Vision Care Damansara dengan niat untuk check mata, and terus book appoinment lah kiranya..


Kenapa nana pergi sini? Sebab kan dah banyak kecoh and viral dekat facebook yang buat LASIK dekat sini murah.. So ku pon nak berjimat cermat, buat dekat tempat biasa-biasa dah laa haha


Ikut hajat hati memang lah nak buat dekat prof Muhaya kannn.. Tapi bila dapat tahu kos around RM8000-12,000 so nana rasa macam takpelah.. Sama je kot buat kt mana-mana hihi pandai2 je


So nak dijadikan cerita, lepas dah buat check up power mata nana tinggi sangat.. So nana tak dapat buat yang murah tu.. Sebab kena buat tissue saving lah apa lah..


Untuk mata normal, kos untuk LASIK dua2 belah mata dekat sini ialah RM2888, tapi since nana special case, untuk mata nana kos buat LASIK ialah RM5888..


Tapi pasal kos nana okey lagi lah.. Sebab kira lagi murah dari buat dekat Prof Muhaya hahaha


Cuma appoinment sangat penuh dekat situ sampai lah bulan depan.. Nana pulak memang dah jenis manusia yang kalau nak tu nak buat time tu jugak kalau boleh.. Ku tak mampu nak tunggu lama2 hahah


Plus nana nak buat sebelum pergi bercuti bulan depan..


So pulanglah kami suami isteri dengan si yaya dengan frust jugak lah.. 


Dalam kereta, husband cadangkan.. 


"Cuba try tanya KPJ Ampang Puteri berapa? Buat kat situ jela, dekat sikit nak pergi"


Husband nana ni dia tak kisah benda lain, dia kisahkan tempat  parking je hahah sebab dia stress kat Damansara tadi tu payah nau nak parking.. Plus jauh sikit dari rumah nana..


So nana pun call KPJ direct ke klinik Datuk Dr Baljit.. Set appoinment untuk check up mata the next monday.. And bila nana tanya kos, total untuk dua2 mata hanya RM5000..


Wah lagi murahhh.. So dengan happynya nana pun setuju lah nak buat LASIK dekat KPJ ni je :)


The next monday tu, kami pun macam biasa lah dengan semangatnya pergi KPJ Ampang Puteri yang tak berapa jauh daripada rumah..


Sampai klinik Dr Baljit, nana buat segala mak nenek test mata.. And memang betul lah, tingginya power aku naik! No wonder lah mata memang tak nampak dah pakai spek nih tsk tsk


 


Dah setel semua, masa nak bincang dengan doktor, doktor cakap result ketebalan tissue nana agak border line.. Means agak bahaya untuk buat LASIK.. So doktor cadangkan, masa hari operation nanti kalau kata tak boleh buat LASIK, doktor akan buat PRK..


Masa tu tercengang lah nana., PRK WHAT?? Tak pernah dengar ponnn..


So balik tu nana pun dok google lah apa kebenda lah PRK nih.. 


So PRK stands for Photorefractive Keratectomy.. Beza antara PRK dengan LASIK ialah, masa buat pembedahan LASIK, doktor akan buat flap pada tissue kornea mata kita, laser ke arah kornea mata, then tutup balik flap tu.. 


PRK pulak, doktor tak buat flap, tapi remove terus tissue atas kornea mata, laser ke arah kornea mata, then tutup area yang terdedah tu dengan Bandage Contact Lens..


Kat sini lah hazab dia sebenarnya.. Sebab RECOVERY PERIOD untuk PRK adalah lagi lama berbanding dengan LASIK..


Selalu kalau LASIK, buat harini esok InshaAllah dah okey.. Tapi PRK, lepas buat pembedahan, kita kena pakai bandage lens tu untuk 3-4 hari sampai lah tissue kornea mata dah terbentuk semula..


So nana pun set lah appoinment dengan doktor untuk buat pembedahan hari Jumaat tu.. And nana dikehendaku pergi ke Bangi sebab klinik kat Bangi.. Tak buat dekat KPJ..


Masa tu memang dok berdoa sungguh2 dalam hati supaya dapat buat LASIK bukan PRK.. Sebab tahu memang akan sakit punya.. Nana dah la bisnes online.. Nak dekat closing pulak ni haa.. So memang doa sungguh lah supaya dapat buat LASIK..


Sampai lah hari Jumaat lepas, nana dan suami ditemani mak mertua dan yaya pun pergi lah ke Bangi.. Terpaksa mintak tolong mak mertua temankan untuk jaga yaya masa tengah buat operation.. Mujur lah si kecik ni okey je mood dia hehe


Then masa tengah nak menunggu turn tu, datang lah pembantu doktor dekat nana..


"Adik, doktor cakap u kena buat PRK lah both eyes"


Waktu tu memang tak tahu lah nak cakap ape kan.. Redha jelah.. Nak buat macam mana.. PRK pon PRK lah.. 


Masa tu debar die tak boleh cerita.. Memang debar sungguh2.. Yelah, nak kena operate hidup-hidup.. Kat mata pulak tuuu! 


Sambil menunggu turn tu, nana just banyakkan zikir dan doa je mintak pertolongan daripada Allah supaya permudahkan semuanya nanti..


 


Then, sampai lah giliran nana.. Jeng jengggg


First sekali kena masuk bilik lain untuk cuci mata dan dititikkan ubat bius kat mata nana.. Masa tu rasa mata macam kembang je hahah efek ubat bius kot..


Then nana dipanggil masuk dalam bilik operation, kena baring atas katil khas dia, dan perlahan2 bahagian kepala nana kena masuk ke satu tempat khas untuk laser tu kot..


Perasaan masa ni, berdebar debar tak hingattt.. Rasa nak lari balik je.. Haha buat tak mungkin lah kan.. 


Nana dok cakap pada diri sendiri, sekejap je semua ni.. Setelkan, then dah boleh tengok dengan jelas dah lepas nih!


So proses dia, first sekali doktor bukak mata nana dengan benda macam selotep.. Then letak besi untuk bukak mata nana tu.. Masa ni doktor dok merungut je yang mata nana ni kecik sangat.. Ish doktor nih, dah mata ku memang kecik nak buat cemana 😂


Then doktor start titikkan bermacam ubat titis kat mata..


Masa tu rasa sejukkk je kat mata.. Tapi takde rasa sakit pape..


Then rasa macam ada tekanan sikit dekat mata.. Masa ni mungkin doktor tengah nak potong bahagian tissue kornea mata tu.. Then lepas tu memang nampak doktor tengah nak kikis keluarkan tissue tu..


Tapi wallahi memang TAK SAKIT LANSUNG!


Cuma rasa geli2 je then rasa kabur jela mata.. Macam buta sekejap pun ada jugak..


Then lepas tu, mata nana start kena LASER.. Masa laser tu pon tak sakit.. Cuma ada bau hangit daging terbakar 😂


Then kat pandangan mata nana memang nampak merah je.. Terlintas jugak dalam kepala cerita final destination hahah.. 


Total masa untuk semua proses tu memang tak lama pun.. Sekejap je.. Dalam 10 minit kalau tak silap nana.. 


Lepas je setel kena laser, doktor akan cuci lagi sekali sebelum letakkan contact lens yang takde power dekat mata sebagai bandage je.. Untuk lindungi area kornea mata yang terbukak tu sampai tissue tu tumbuh balik..


So Alhamdulillah selesai lah sudah pembedahan PRK nana :)


 


Masa on the way balik tu, memang mata dah boleh nampak dah keliling, cuma belum betul2 clear dan tak sharp.. 


Memang akan ambil masa sedikit actually untuk kita dapat 100% clear vision lepas kita buat pembedahan sama ada LASIK ataupun PRK.. 


So, hazab operation dah lepas.. Second, hazab lain baru nak bermulaaa hahha


Lepas je operation tu mata memang rasa tak berapa selesa sebab ada lens tu.. Perasaan die ibarat kita pakai lens yang sangat kering dalam mata.. Macam berpasir gitu.. Macam ada habuk.. 


Tapi hari pertama okey lagi.. Belum sakit lagi.. Just rasa tak selesa..


Hari kedua, ketiga memang hazabbbb! 


Mata rasa sakit mencucuk dan berdenyut-denyut.. And mata jadi sangat sensitif dengan cahaya.. Kalau tengok fon ke laptop ke memang hazab betul lah.. Tapi dah kalau memang degil tu, ku online jugak sekali sekala even husband bising hehe 


Masa ni memang nana dok cakap kat husband, "Kalau tahu seksa macam ni ayang taknak buat PRK ni tau! Kenapa lah x dapat buat LASIK" sambil ku menangis-nangis sebab sakit hahaha


Then husband pujuk cakap sekejap je.. Nanti dah lepas bukak lens ni okey lah..


Tapi memang masa tu rasa stress betul lah.. Sebab sakit kan.. Plus tak boleh buat pape sangat.. Nana dah biasa bekerja, (of course dengan fon), tiba2 tak boleh buat pape memang mati kutu lah jadinya.. 


Nana just keep on titiskan ubat yang doktor bekalkan dengan konsisten, dengan harapan semoga cepat sembuh dan tak payah dah lah aku kena extend ke apa pakai contact lens ni lagi kan hahah


Agak-agak laaa.. Cer korang bayangkan korang pakai contact lens 4 hari tak bukak2, macam tu lah yang nana rasa tambah2 dengab sakit lagi haaa lepas operation hahah


Masuk hari isnin haritu, Alhamdulillah sakit dah berkurang.. Walaupun rasa tak selesa masih ada.. Tapi at least nana dah boleh la jugak nak buat kerja sikit-sikit.. Follow up downlines dan sebagainya..


Then semalam, selasa, sampai lah masa untuk bukak lens kat mata ni haaa.. Memang tak sabar sungguh laaa..


Doktor cakap, nana punya recovery ni very good! 


Takde kena jangkitan kuman,. tissue mata pun dah tumbuh 100% dah.. hehe


Alhamdulillah mungkin bantuan daripada pengambilan VIVIX + VITAMIN C + CARATOMAX sama dengan izin Allah :)


Then sampai lah masa untuk ku ucapkan goodbye kepada bandage lens yang sungguh2 menyeksakan hidup nana selama 4 hari nih bahaha


Tapi rupanya, lepas cabut lens tu pon mata still rasa tak selesa.. Rasa kering dan sebagainya..


And nana keep titikkan ubat yang doktor bagi jelah macam biasa,. Di samping terus amek supplement Shaklee untuk cepatkan proses penyembuhan..


Pagi ni?


Alhamdulillah, semua sakit dah hilang.. Semua rasa tak selesa dah berkurang sangat-sangat..


Mata nana dah boleh melihat dengan lebih terang berbanding semalam.. 


Pagi tadi, bukak tingkap tengok permandangan luar, rasa nak menitik air mata nana..


Betapa nana rabun sejak umur 12 tahun.. Nana tak pernah dapat melihat dengan jelas sejak umur 12 tahun..


Tapi pagi ini, Allah izinkan nana untuk melihat dengan jelas, tanpa bantuan contact lens dan jugak spek mata :')


Betul lah macam yang nana cakapkan haritu..


Masa tengah sakit haritu nana mungkin rasa seksanyaaa aku nak lalui tempoh ni..


Tapi bila dah dapat hasil macam ni, sungguh nana tak menyesal langsung! 


Sama lah dalam bisnes,, Masa kita tengah susah, kita akan mula rasa kenapa lahhhh aku diuji macam ni..


Tapi once kita dah berjaya, kita akan rasa sangat BERBALOI setiap penyeksaan yang kita rasa kalau ini lah hasilnya :')


Dan mungkin dah ditakdirkan buat diri nana, nana tidak akan dapat sesuatu itu dengan mudah dalam hidup hahah


Daripada bisnes sampai lah ke benda lain..


Orang lain boleh buat LASIK, aku kena buat PRK 😂😂


Tapi tak kisah lah sedasyat mana pun perjalanan tu, yang penting HASIL DIA.. OUTCOME die,,


Untuk anda yang berhajat nak buat LASIK, teruskanlah..


Kalau in case kena buat PRK, teruskan jugakkk..


Sebab once dah dapat penglihatan yang jelas macam ni tanpa spek dan lens, InshaAllah korang akan rasa sangat BERBALOI dengan apa yang korang dah lalui :)


So, sekian lah perkongsian nana mengenai perjalanan PRK nana..


Nana memang rekemen sangat buat dekat Dr Baljit sebab beliau sangat professional, selain daripada pengalaman lebih 30 tahun sebagai pakar mata..


Plus kos pun still affordable :)


Untuk yang mata takde issue pape, kornea nipis ke ape, boleh je buat dekat Damansara Advance Vision Care tu,, Sebab memang superbly murah lah kan RM2888 untuk dua2 belah mata..


Kalau mata nana takde problem, memang nana nak buat je kat situ heheh 


So sampai sini dulu perkongsian nana.. Kalau anda rasa perkongsian ini bermanfaat, boleh lah SHARE ke facebook memasing untuk rujukan masa akan datang 😊





2 comments:

  1. Assalamualaikum Nana.
    Power nana berapa ye?
    Cecah 1000 x?

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum..boleh share operation di bangi di klinik mana ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...