Wednesday, March 23, 2016

Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Adra Aurelia

Assalamualaikum wbt

First of all, kasi amaran siap-siap yang entry ni penuhhhhh dengan gambar tau! haha

Actually sejak dari dalam pantang lagi nana memang dah plan nak buat Majlis Aqiqah dan Kesyukuran atas kelahiran zuriat yang kami nanti nantikan selama ini ni.. Tapi kalau boleh taknak lah buat masa dalam pantang.. Sebab takut tak cukup sihat lagi masa tu.. Nanti tak larat pulak nak layan tetamu :)

So setelah banyak kali dipinda pinda tarikhnya, finally ahad lepas berlansung lah Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Adra Aurelia binti Ahmad Firdaus :) Kami buat dekat kediaman kami di Bukit Antarabangsa je.. Untuk menyenangkan jemputan datang..

Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan doa selamat oleh jemaah Masjid Bukit Antarabangsa.. Majlis kami ni takde marhaban macam selalu majlis berendoi.. Nama je ada buaian berendoi kat situ.. Tapi takde marhaban hehe.. Sebabnya? Takde sebab.. entah kenapa kami tak cari marhaban =") Pelamin berendoi tu memang modal bergambar semata mata hihi



Papa Adra :) Mami Adra dan Adra mana? Tengah kalut bersiap kat atas hahahha

And then lepas bacaan doa selamat dan yassin, kitorang buat pulak sedikit acara Tahnik oleh atuk, papa, atuk sedara dan imam masjid



Psstt, rumah Master shaklee kalau tak display produk Shaklee memang tak sah la kan ^__^



Adra ditahnikkan oleh Atuk Sedara beliau, abang kepada ayah papa Adra merangkap jiran sebelah rumah kami.. Haa berbelit tak hahha.. 


Budak kecik ni memang tau, pantang orang tala kamera fon ke kamera DSLR ke, memang dia akan pandang je kamera.. Ni ikot perangai siapa suka bergambor ni tak tauuuuuu :D







Tengok tuuu.. Tengah tahnik pon mata sempat pandang kamera.. Anakku oh anakku =")









Adra with Atuk Shuib, papa and Atuk Adra belah mami ^___^


Adra ditahnikkan oleh Imam Masjid Bukit Antarabangsa..


Turn Atuk belah papa pulak tahnikkan Adra ^__^


Lepas Acara Tahnik, tetamu semua pun dijemput menikmati hidangan.. And mami, papa and Adra sambung bergambar hihi


Adra Adra.. Awak ni memang sebijik lah menurun mami tauuuu.. Pantang nampak kamera! hahahhaha







Apa-apa jadi, mata Adra tetap setia menatap kamera Uncle Shag hahaha





Masa ni Adra dah start tak selesa agaknya, ataupun dia dah start nak menyusu.. Tapi sekejap je, lepas tu mood dia baik balik..

Actually nana memang risau lah jugak majlis ni nanti Adra akan meragam ke kan.. Sebab ramai orang.. Dia belum biasa lagi since ni first majlis yang melibatkan dia..
Awal pagi lepas subuh masa susukan Adra tu nana bisik dekat telinga dia.. "Anak mami harini behave ye.. Takmau nangis-nangis ye.. Sekejap je.. Esok kita rehat ye.. Anak mami good girl.. Adra anak yang baik.. blablabla" 

Dan pesan siap-siap dekat dia heheh.. And Alhamdulillah sepanjang hari ni dia tak meragam sangat pun.. Ada lah few times nampak dia macam tak selesa.. Maybe dia nak susu or letih sikit kot.. But the rest of time memang okey je mood dia.. Nak tidur pun senang.. Selalu nak tidur kena nenen dulu, tapi hari tu dia macam faham mak dia busy, senang je dia tidur sendiri.. Alhamdulillah :)





Penat mami senyum manisss, awat Adra buat muka cenggituuuu huhu


Mata sempat menjeling kamera!








Family potrait :)


Smile please Adra!


Acewahhh.. Kasi can la mami and papa sweet2 jugak hihi


Us with atuk and nenek belah mami :) TQ Atuk and Nenek sudi datang jauh jauh dari Taiping!



Ini pulak suasana dekat luar rumah.. Alhamdulillah ramai puji makanan and kambing sedap :) Untuk katering ni nana ambil Fieby'z Catering.. Jumpa dekat internet jugak actually.. Alhamdulillah puas hati sebab memang sedappp!

Lauk tempoh hari antaranya ialah Ayam goreng berempah, Masak lemak nenas dengan ikan masin, sayur campur, buah buahan, ulam ulaman, sambal belacan dengan kordial dan teh tarik..

Kambing pula dari Joe Kitchen.. Yang ni pun ramaiii sangat puji sedap! Tapi mami tak sempat rasa sobsss.. Sebab sibuk melayan tetamu.. Biasa lah jadi tuan rumah ni memang tak terasa lapar pun hihi


Spotted there, Master Ummu Durrah.. TQ kakakku Kak Ana sebab sudi hadir majlis kami jauh jauh dari Port Dickson :)



Kambing pujaan ramai ni heheh.. 2 ekor tempah demi kepuasan tetamu :)



Mak penganten pon sibukkkk sepanjang hari sampai takdan makan kambing huhu


Adik beradik perempuan nana.. Kakak sulung yang tudung merah, kakak kedua yang tudung kelabu, kakak ketiga yang pegang baby.. Mommy Adra pulak adik bongsu perempuan hihi








Antara juadah untuk tetamu tempoh hari ialah Dim Sum yang ditaja oleh bonda and mommy angkat Adra nih hehe

Ramaiii yang puji memang sedap sangat!

So sesiapa yang ada di area PUTRAJAYA boleh lah hubungi Pija 016-7260429
Untuk yang area PUCHONG pulak boleh hubungi Awin 019-2771759

Both bestfriend nana geng QS UiTM :)






Princess pun dah tidur dah masa ni.. Alhamdulillah senang tidur Adra hari tu.. Ikut cakap mami ye :)




Us with family my bestfriend, mizah.. Tq babe sudi datang jauh jauh dari SP ^__^


Adra with mami and mama miza dia.. :)







With Mira, my bestfriend masa zaman UiTM dulu.. Ex housemate :)




Adra senyum dekat aunty mira dia ^__^


My bestfriend sejak dari Matriks Perak merangkap my anak bisnes, Naddy :)


With geng-geng Qs dari UiTM, Alwi and Erni dengan anak diorang yang super cute Nooh Danish.. Sehari before tu kitorang attend Majlis Aqiqah anak diorang.. Kesian Danish tak sihat.. Aunty Nana doakan Danish cepat sembuh yaaa


Kakak kakakku yang gojes Master Zura Betty dan Master Farina.. TQ sudi datang!


Kakakku yang vouge, Master Puteri.. TQ sudi datang kak put! :)



Adra with Atuk Roslan :) Tq tuan haji sudi hadir.. Tuan Haji Roslan ni super upline nana dalam Shaklee.. Berpengalaman berpuluh tahun dalam Shaklee.. Alhamdulillah dah bergelar Jutawan dah pun ^__^


TQ Emy sudi datang bawak hadiah besarrrr untuk Adra :) Emy ni geng2 makeup artist nana dulu.. 


TQ Amar & Nida sudi datang bawak Naurah yang cuteee.. Amar ni kawan baik nana dari MRSM Balik Pulau :) Hat kanan sekali tu MakLang Adra menyelit hehe


Gambar ni di upload sebab nak tunjuk gaun kembang mami Adra dari Adam Muzaini Scheineider hehe..


Tq Ummi Faezah sudi datang :) 


Tengah coaching ke tuu? hehe





Master Aishah Amin.. Tq datang kak! :)


Tq my cucu bisnes, Ainur dan pasangannya yang sudi datang dari Muar :)


Sorang lagi cucu bisnes yang comel nih.. Tq Athia sudi datang :)


With Master Lydzar Rusman.. Tq kak sudi datang :)


Tq kakakku Master Suzie sudi datang :)


kakak-kakak gojes 



Us with Pretty Sisters, besties dari geng QS UiTM :)


Bonda Pija yang bakal naik pelamin bulan depan ^^



Us with kembar 3 hihih



Adra with her Makcik, Maksu and Mommy


Adra with Acik :) Adik kepada papa Adra


TQ for coming my bestie dari zaman Matriks Perak, Yana!


And now, sila lah layan sampai muntah gambar gambar Adra, Mami and Papa heheh


Princess mommy dah tidur laaa :)


















Cantik kan semua gambar? :) This time pun macam biasa kami hire photographer yang sama ambil gambar kawen dan master celebration kami tempoh hari, Shagrashiid..
So far memang sangat puas hati dengan servise beliau.. Sangat serasi dan selesa.. 
Shag ni tak banyak cakap, tapi sangat creative dalam ajarkan pose.. Also gambar semua pun sangat cantik..

Uolls yang nak kawen ke nak adakan majlis pape boleh la contact beliau ye.. Bagitahu dapat contact dari blog nana, kot lah dapat diskaun kannn.. Pandai-pandai je aku hahha Boleh lah view FB dan Instagram beliau ye untuk tengok hasil-hasil gambar yang cantik ^__^

Shagrashiid 014-6212666

Baju kami pulak semestinya dari Adam Muzaini Scheineider.. Designer OKU pertama di Malaysia :) Harga for me sangat berpatutan dan nana dah banyak kali tempah baju dekat beliau since kawen, national conference and macam-macam lagi :)




Alhamdulillah, syukur sangat sebab finally tercapai jugak hasrat kami untuk adakan majlis buat puteri kesayangan kami.. Terima kasih yang tak terhingga buat semua yang sama-sama menjayakan majlis ni.. Terima kasih buat family dan kawan-kawan yang banyak membantu.. Terima kasih kepada tetamu-tetamu yang sudi hadir.. Mohon ampn dan maaf kalau ada sebarang kekurangan.. Jemputan pun tak berapa ramai sebab buat majlis kecil kecilan je.. Maaf kalau ada yang terlepas pandang ye..

Doakan semoga puteri kami, Adra Aurelia binti Ahmad Firdaus membesar menjadi anak yang solehah, hamba Allah yang beriman, bijak, sihat, cerdik dan cantik rupa parasnya aminnnn ^___^

Tq for reading!

Till then, Assalamualaikum wbt







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...