Wednesday, February 10, 2016

Gentle Birth Story ~ Bersalin dengan Gembira

Assalamualaikum wbt readers :)

Sebenarnya dah lama taip entry ni.. Sejak beberapa hari lepas bersalin lagi.. tapi biaselah, dengan busy berpantang (ALASAN!) maka entry ni tergantung begitu sahaja hahahha Sekali nak tulis balik terpaksa edit introduction kannn.. Padan muka aku :D Tujuan nana tulis entry ni supaya memori kelahiran Adra Aurelia tak hilang lah harapnya.. Tahu jelah lepas bersalin urat banyak putus so memori jadi lemah dah haha

So ini kisah kelahiran Adra Aurelia 35 hari yang lalu.. Harapnya takde fakta yang tertinggal atau terlupa lah ye.. Kalau ada tersilap fakta tu mohon maapkan lah ek :D

Alhamdulillah dengan izin Allah, 8/1/2016 yang lalu lahirlah puteri sulung kami yang diberi nama Adra Aurelia binti Ahmad Firdaus tepat jam 3.59 petang, seberat 2.96kg secara normal Alhamdulillah..

Syukur sangat-sangat sebab Allah izinkan nana untuk melalui saat-saat indah untuk bergelar seorang ibu :') Allah izinkan nana merasa sendiri bagaimana sakit bersalin secara alami, tanpa bantuan sebarang ubat tahan sakit atau epidural. Dan syukur sangat-sangat sebab Allah izinkan nana melahirkan zuriat pertama ini secara normal, dan walaupun tidak semua perancangan Nana berjalan dengan lancar, tapi syukur sangat sebab Allah beri apa yang Nana minta dan harapkan.. :)

Perjalanan Nana nak lahirkan baby ni actually Nana lalui tempoh yang agak lama sebenarnya.. 47 jam menahan sakit nak bersalin.. Phewww.. Sepanjang 47 jam ni memang non stop lah terima call/whatsapp daripada kawan-kawan dan family yang nak tahu update.. And waktu tu nana memang avoid contact dengan sesiapa sebab taknak terganggu emosi hehe.. So apa-apa semua husband yang tolong jawabkan bagi pihak nana..

So Nana nak kongsikan kronologi perjalanan kelahiran baby Adra Aurelia Binti Ahmad Firdaus ni.. Moga jadi kenangan, ingatan dan panduan untuk masa depan.. Mana lah tahu boleh refer untuk adik dia pulak nanti heheh. Amboi baru sebulan lebih bersalin dah fikir nak bagi adik dekat baby Adra pulak ek.. Hahah.. Takdelahh.. memain jee :D

6/1/2016 - Turun Tanda

Harini hari rabu.. Hari sepatutnya pembantu Nana datang rumah untuk bersihkan rumah setiap minggu.. But then, nak dijadikan cerita, beliau tak datang pulak haritu.. And keadaan rumah agak messy sikit..

Then Nana fikir, kalau lah esok lusa nak bersalin dah, dengan keadaan rumah macam ni confirm Nana stress balik dr hospital nanti hahah.. So Nana pun malas nak lengah-lengah, kemas terus satu rumah..

Lagipun nak exercise sama lah kan. Mana tahu boleh bantu cepatkan bersalin since waktu tu Nana sebenarnya dah overdue dah ponn.. Sepatutnya due 31/12/2015.. Bermaksud Nana dah overdue 6 hari hehe

Start dengan vacum satu rumah, then mop lantai, lap meja segala bagai.. Dari dapur, ke ruang makan then ke ruang tamu pulak.. Daripada ruang makan nak ke ruang tamu tu kena naik turun anak tangga ada lah dalam 6-7 anak tangga macam tu.. So ulang alik daripada ruang tamu nak ke toilet masa mop lantai tu Nana memang banyak jugak lah naik turun tangga tu..

Masa ni perot rasa sikit tak selesa sebenarnya.. Dah mula rasa macam senggugut tapi veryyyyy the mild punya senggugut.. So nana buat kerja macam biasa jelah.. Dalam hati dok cakap, kalau tu petanda nak bersalin dah then bagusla! heee laaaagi bersemangat daku menyental lantai tauuu haha

Kemudian suami balik dari Masjid sambil bawak barang-barang yang Nana pesan suruh beli.. Masa ni entah kenapa rasa nakkkkk sangat makan masakan sendiri.. Bukan apa, takut esok lusa bersalin kang tak sempat dah nak masak lepas tu kena pantang pulak haha.. Tengah-tengah prepare nak masak tu tiba-tiba rasa nak terkucil pulak.. Masuk toilet then nampak dekat pantyliner macam ada something.. Macam ada cairan keluar kaler coklat gelap sama macam setiap kali rasa nak period..

Dada dah berdebar-debar dah.. Terus jerit panggil suami tunjuk dekat dia..Then suami cakap takpe,buat tak tahu je dulu.. tengok progress macam mana nanti..

Lepas tu Nana buat macam tak tahu jelah sambil continue masak.. Cuma masa tengah masak tu dah mula rasa contraction actually.. Mild contraction tapi still rasa lagi kuat daripada braxton hicks yang Nana dok rasa selama ni..

Dalam pada dok layan mild contraction tu, siaplah jugak 2 lauk nak makan haritu hehe Masak Lemak Cili Api Ayam dengan Bendi Goreng..


Mak aihh terliur pulak hahhaa


Lepas makan, naik atas mandi-mandi apa semua then prepare apa yang patut nak bawak ke hospital nanti.. Mulut dok asyik tanya husband "Abang rasa ayang dah nak bersalin dah ke?" hahah then suami yang nak menyedapkan hati isteri pun cakap, "Nak bersalin dah kot tak lama lagi"

Deborrrr je rasa masa tu bila fikir tak lama lagi bakal berjuang dan berjihad nak lahirkan anak syurga ni.. Dalam masa yang sama exciteddddd sebab tak lama lagi bakal jumpa anak yang Nana kandung selama 41 minggu ni.. Sebak pulak rasa bila teringat time tu :')

Dalam lepas maghrib, contraction datang semakin kerap.. Nana mula install contraction timer untuk tengok gap antara contraction.. And masa ni belum konsisten lagi.. So nana just rileks2 jela dulu..

Kemudian lepas isyak macam tu mula contraction semakin kuat dan kerap.. Sampai ada satu tahap ni Nana mula mengerang dah.. Then suami terus remind untuk control breathing, fikir benda positif dan baik2 dan banyakkan zikir..

Bila dah datang sakit yang tak menahan tu, Nana mintak suami tadah air panas dalam bath tub and Nana masuk dalam Bath tub layan contraction.. And feeling dia SubhanAllah memang bestttt sangat! No wonder orang sekarang sebok nak bersalin dalam air.. Memang bestttt and dapat kurangkan kesakitan.. Tambah pulak masa tengah berendam tu, pasang hot shower biar kena dekat belakang badan kita especially area pinggang.. Sebab masa contraction yang akan paling sakit ialah bahagian pinggang..

Dalam dok berendam tu, sesekali bila contraction yang kuat datang Nana akan jerit panggil suami.. Nak pegang tangan suami and nak suami ada dengan Nana.. Kira nak dapatkan kekuatan ler hehe.. Ke lebih kepada nak bermanja sebab lepas ni dah ada anak takleh manja gedik lebih2 dah dengan suami hahhaha :D eh tak kira, ada anak pun I am still your first GF tau abang! haha

Tengah malam tu Nana dah mula rasa sakit yang makin kuat dan sela masa antara contraction semakin konsisten.. Tanda nak bersalin yang warna coklat tu pon makin banyak keluar.. Dok bincang-bincang dengan husband sama ada nak pergi hospital ke tak.. Husband cadangkan suruh tunggu dulu.. Layan contraction kat rumah dulu.. Tapi bila mesej kawan2 and kakak Nana, diorang suruh pergi je hospital check.. Mak pun dok whatsapp suruh pergi hosptal..

Hajat nak layan contaction kat rumah je dah mula goyah hahah maklum lah anak pertama kan.. Takde experience plus nana tajut terberanak dekat rumah je kang.. Dah jenuhhh pulak nanti..

Tapi bila memikir hospital tempat Nana nak bersalin tu jauh jugak lah dari rumah, rasa macam malas pun ada..

Last-last, pukul 12 ke 1 lebih macam tu ntah, Nana ajak suami pergi hospital sebab seriously rasa semacam dah masa tu..

Sampai Gombak Medical Centre, nurse check bukaan and CTG.. dari CTG tunjuk dalam setengah jam tu ada 3 kali je contraction and bukaan baru 2cm.. Okey frust! hahah ingat dah boleh jumpa anak.. Siap dah upload gambar ke group family and anak buah bisnes lagi mintak doakan.. Sekali rupanya baru 2 cm hahhaha


Masa ni husband dah inform merata dah kami dah pergi hospital.. Sekali tak jadi warded malam tu hahahha lepas tu terus senyap je takmau orang tanya.. buek malu yooooo hahhahaha


Nurse tanya nak masuk ward ke nak balik, Kitorang pilih nak balik je rumah dulu then tunggu sakit yang teramat sangat baru datang balik esoknya..

7/1/2016- Ward admission

Balik je hospital, sepanjang malam Nana langsung tak boleh tidur.. Sakit yang makin kuat dan makin kerap dalam 5-10 minit skali memang Allah je tahu cemana rasa dia.. Huhu.. Nak baring memang tak boleh dah masa ni so Nana habiskan satu malam layan contraction atas GymBall sambil kadang-kadang dengan Birth Affirmation selang seli dengan berzikir & baca al quran..

Sepanjang contraction tu Nana banyakkan mengaji surah Maryam sambil duduk atas gymball.. Alhamdulillah memang sangat melegakan and Nana boleh manage rasa sakit tu..

Malam tu jugak sempat solat taubat, solat hajat mintak dipermudahkan proses bersalin Nana.. Yelah, bersalin ni ibarat kita tengah berjuang antara hidup dan mati kan.. Bergenang jugak lah air mata dok bayangkan macam mana kalau apa2 jadi pada Nana masa bersalin tu.. Macam mana dengan suami and anak nanti.. Then cepat2 istighfar balik :')

Suami Nana kasi je dia tidur malam tu.. Sesekali kalau contraction terlalu kuat baru Nana kejut dia.. Sebab Nana tahu esok hari ni nanti lagi panjang perjuangan kami.. So biar lah dia rehat dulu kan..

Pagi tu Ayah Mertua datang hantarkan makanan untuk kami makan in case masuk ward hari tu nanti.. Karang tak sempat makan dah takde tenaga pulak kalau ditakdirkan bersalin haritu kan.. Nana actually masa tu tak berapa lalu nak makan.. Memang sakit masa tu agak strong tapi bearable sebab Nana dok apply teknik2 yang Nana belajar masa dalam kelas amani birth dan yang banyak Nana study dari google hehe And memang sangat membantu! Nanti nana share lebih detail dalam entry lain yaaa...

Pkul 12 tengah hari macam tu bila rasa contraction makin kuat, Nana ajak husband pergi hospital sebab takut terberanak dekat rumah sebab selang masa contraction dah dekat sangat..

Sampai je hospital, doktor check dah 5cm.. So dah boleh admit ward yay! hehe seronok sangat masa tu rasa sebab dah tak lama nak jumpa anak..


Dalam dok tahan sakit sempat lagi tangkap gambar bagai hehe ni la bestnya bersalin secara gentle birth sebab kita boleh control sakit InshaAllah :) Dan semestinya pembekal tenaga utama ialah SUPPLEMENT SHAKLEE & AIR ZAM-ZAM ^^

Lepas dah admit ward tu, tunggu punya tunggu belum lagi ada tanda-tanda nak bersalin macam pecah ketuban.. Sakit memang dah sakit dah.. And masa tu sakit memang makin kuat jugak lah sebab bukaan dah luas kan..

Dari tengah hari bawak ke petang.. Dari petang bawak ke malam.. Then pukul 9 malam macam tu nurse datang nak check bukaan lagi, dah berejam jam tu rupanya baruuuuu bukak 1 cm je... Nurse check bukaan baru 6cm.. Sobss.. Masa tu frust jugak la.. Siap buat assumption dengan suami "Agaknya nurse ni jari dia gemok kot, tu bukaan jadi kecik" hahahha hampeh betoi

8/1/2016 - Lahirlah Anugerah Terindah, Keberanian Si Gadis Emas :)

Then bermula lah 1 malam lagi tanpa tidur untuk kami berdua.. Sepanjang malam nana memang selesa duduk atas gymball je sebab tak tahan sakit contraction masa baring.. Seriously cakap, masa tengah sakit contraction tu toksah la baring.. Lantok ler nurse suruh baring mengiring ke apa kononnya nak kurangkan sakit.. Sama je!

Bagi nana satu satunya posisi nak kurangkan sakit masa bersalin ialah duduk atas gymball seriously!

Sepanjang malam nana duduk atas gymball.. kadang-kadang mengaji..kadang-kadang zikir.. Memang mengantuk sangat masa tu sebenarnya tapi nak buat macam mana, langsung tak boleh tidur sebab contraction datang setiap 5 minit T__T

Ada lah one time ni nurse datang nak check heart rate baby & tekanan darah nana.. Nurse tu tengok nana macam tengah sakit sangat so dia cadangkan la amek painkiller..

Masa tu fikiran macam mula nak goyah jugak la sebab dah takleh tahan sakit dah rasa.. Tapi fikir balik, aku buat semua ni demi anak aku.. Before bersalin tu ada jugak lah baca kesan negatif pengambilan painkiller masa contraction.. So nana tolak baik-baik.. Just bagitahu dia yang nana boleh tahan lagi..

Sekali nurse tu boleh pulak perli aku setepek hahha "Nak jugak pertahankan prinsip awak tu ye? ha kalau macam tu takpelah tahan jelah sakit tu" Ikot hati nak jugak menjawab tapi sebab kejap lagi nak bersalin malas lah nak gaduh dengan orang kan.. Buat dosa kering je hahah so bertabahlah aku menahan sakit untuk lagi berapa jam pon tak tahu laaa..

Paginya tu mak call emo-emo sebab nana tak bersalin lagi.. Tak tahu lah nak menangis ke apa masa tu sebab aku dah lah tengah tahan sakit kan, pastu kena marah pulak hahha.. Actually mak bukan lah marah pun.. Tapi sebab risau sangat so tone suara mak jadi macam tu.. Letak je tepon nana mesej kakak cakap pesan kat mak suruh jangan risau and jangan tepon dah! hahahha hampeh punya anak.. Bukan apa sebab nana nak bertenang masa tu.. Nana tahu semuanya okey and nana still mampu tahan sakit lagi..

For me selagi tekanan darah okey, heart rate okey, tak de apa yang nak dirisaukan.. Baby tahu bila nak keluar InshaALlah

Masa tu mak dengan kakak-kakak pesan suruh mintak doktor pecahkan je ketuban sebab katanya keturunan kami ni jenis ketuban tebal so susah nak pecah sendiri hehe..

Dalam pukul 10 macam tu doktor datang then nana pun tanya lah pasal pecahkan ketuban.. Tanya doktor risiko etc etc.. Then nana mesej my BFF Mizah and also Kak Yat, cikgu kelas amani birth nana mintak pendapat.. Sebab masa tu dah 7cm dah bukaan..

Kak Yat suruh nana ikot kata hati.. And mizah pulak memang galakkan sebab katanya dah 7cm so risiko rendah plus yang buat tu doktor pakar.. InshaAllah kurang risiko cangkuk tu terkena dekat kepala baby ke apa..

Then nana pun bagi persetujuan dekat doktor untuk pecahkan ketuban.. Jujurnya masa ni frust sikit sebab kalau boleh nak merasa 100% bersalin secara semulajadi tanpa apa-apa intervention.. Tapi bila fikir balik, nana dah tak sanggup nak menunggu dah.. Bukan tak sanggup nak tahan sakit.. Sakit InshaAllah nana boleh control lagi.. Cuma tak sabo nak jumpa anak! heheh >.<

Doktor cakap nak pecahkan ketuban lepas solat jumaat.. Sekali dah dekat pukul 3 pun doktor tak datang-datang lagi.. Nana masa ni dah mula rasa nak meneran sebenarnya.. Rasa tu datang sendiri sebenarnya.. Masa contraction tu datang automatically rasa nak meneran tapi ingat balik nurse pesan jangan teran nanti rahim pecah.. So nana pun cuba jelah tahan tapi kadang-kadang terlepas jugak hahah

Pukul 3 macam tu doktor datang lagi untuk pecahkan ketuban.. Lepas doktor pecahkan tu mula rasa cecair suam suam keluar.. Masa ni tengok cecair yang keluar tu kaler hijau muda.. Very light green sebenarnya, tapi doktor macam dah cuak jugak sebab katanya baby dah berak kat dalam..

But deep inside nana tahu baby okey sebab heart rate semua okey.. And disebabkan nana ada jgak buat research before bersalin so nana tak risau sangat masa tu.. Still boleh rasa tenang lagi..

Dalam lepas 10 minit doktor pecahkan ketuban, nana mula rasa sakit yang semakin kuat.. This time memang sakit yang wa takleh tahan broooo! hahaha Nana mula mengerang dah.. Cakap kat husband dah sakit tak boleh tahan dah.. And instinct sendiri rasa, "This is the time!"

Nurse datang suruh masuk LR.. Masa ni nana tanya la ada kena tukar baju ke sebab selalunya kan nak masuk LR kena tukar baju.. Sekali nurse tu cakap tak payah.. Pakai je baju yang awak pakai tu.. Sedih aku tau.. Baru nak fefeling pakai baju hospital hahhah

Lagi sedih sebab kena jalan pergi Labor Room.. Korang imagine la nana dah bukaan 10cm dah masa tu kot.. Then kena jalan pergi LR, mashaAllah.. Nasib la tak terberanak di tengah jalan hahah..  Tapi bagus jugak berjalan actually.. lagi bantu cepatkan bukaan

Masuk je LR masa tu dah 3.20PM.. Masa dalam LR ni sakit dia sumpah wallahi dah takleh tahan dah! Tadi sampai takat 7cm still boleh tahan lagi.. Boleh whatsapp orang lagi.. Sampai Mizah cakap, kuat jugak ko ni.. 7cm still boleh whatsapp.. Masa tu memang sakit boleh control lagi.. Tapi once masuk LR tu memang seriously sakit dah takleh tahan dah..

Rasanya ni lah sakit yang paling sakit pernah nana rasa seumur hidup.. Masa tu siapa je yang lalu semua aku mintak tolong hahha.. Nurse ada kat tepi aku siap pegang tangan nurse lagi "Kak tolong saya kak.. sakit sangat dah tak boleh tahan" hahah
Pastu pusing pulak dekat husband, "Abang, sakit sangat bang.. tolong ayang" Then husband remind untuk zikir and keep breathing..

And then tiba-tiba nana rasa ada satu urge untuk push baby.. Jerit panggil nurse.. And nurse cakap dah nampak kepala baby..

Tak lama lepas tu, Dr Hamizah pun sampai and bermula lah proses melahirkan Adra Aurelia.. Doktor pesan jangan teran kalau tak rasa nak push.. Setiap kali ada rasa nak push, tarik nafas dalam2 then push..

Cubaan pertama tak berjaya.. Mujur Dr Hamizah sangat professional dalam LR.. Memang sangat membantu.. Beliau keep bagi moral support and buat Nana semangat gilaaaaa nak keluarkan baby hehe

"Sikit lagi Farhana.. Sikit lagi.. Nampak dah kepala baby ni.. Pandai sangat awak teran ni.. Betul dah cara tu.. Sikit je lagi Farhana"

Pulak tu husband pulak pergi jenguk kat bawah nuh.. Dok ulang alik dia kejap pergi jenguk baby kat bawah tu kejap datang kat Nana bagi semangat "Yang, nampak dah rambut anak kita yang.. Sikit je lagi yang"

Wah dengar kata dah nampak rambut anak memang semangat sangat lah rasa hehe nana pun amek satu nafas panjang then cuba teran.. Dah teran tu tiba2 rasa dahaga lah pulak hahah sempat mintak air dekat husband.. Husband suap air apa ntah masa tu, air zam2 kot.. Then teruskan meneran..

This time, bila ada rasa macam nak push, nana amek nafas dalam2 then cuba breath out baby.. Actually before bersalin nana confuse jugak antara meneran dengan breath out baby ni.. Even sampai sekarang pun tak sure lagi hahaha.. Cuma yang boleh nana kata ialah, memang kita akan rasa nak meneran.. Tapi beza meneran sendiri dengan meneran yang orang suruh ni lain.. Kalau ikotkan cara Gentle Birth, kita akan meneran bila kita sendiri rasa nak teran..

Contohnya kalau nak buang air besar *sorry bagi contoh geli sikit, tp ni la paling senang nak paham hehe* kita akan ada time2 yang rasa nak teran kan? Tapi rasa tu yang semulajadi punya bukan meneran yang kita paksa-paksa..

Okey sambung balik, bila ada rasa nak meneran, nana amek nafas dalam-dalam and terus teran.. Masa ni dah rasa apa yang orang cakap "ring of fire".. Rasa panas dekat area Miss V.. Tu tanda baby dah crowning, kepala dah ada dekat situ.. Dalam hati masa tu sempat terfikir "Owhhh ni la yang orang cakap ring of fire tu" haha

Then habis dah nafas tapi still tak berjaya keluarkan baby.. Doktor pesan suruh curi nafas dan teran lagi.. Nana pun curi nafas dan teran.. Sampai dah habis nafas pun aku pulun terannnnn jugak sebab memang sungguh2 nak baby keluar cepat..

And tak lama lepas tu dengar doktor hamizah cakap "Alhamdulillahh.. Assalamualaikum baby" :') Allahuakbar, lahirlah puteri sulung kami ke dunia ni..

Tengok husband, husband dengan muka terharu terus kiss dahi nana.. Perasaan masa tu sebak sangat tak terucap sebab first time jumpa dengan anak yang Nana kandung selama 41 minggu.. Zuriat yang dinanti-nanti selama 3 tahun.. Permata hati mommy & papa yang selalu kami tunggu-tunggu selama ni..

Doktor letak Adra atas nana masa tu and suruh cuba untuk breastfeed.. Masa ni sumpah tak reti hahaha.. Ku sumbat2 je mulut Adra dengan nipple tapi dia tak reti isap lagi masa tu..
Then sebab nak jugak dia terus dapat susu Kolostrum, nana picit nipple sampai keluar Kolostrum then masukkan dalam mulut dia.. Alhamdulillah, minuman/makanan pertama atas dunia yang masuk dalam perut Adra ialah susu mommy :")

Lepas tu doktor keluar untuk solat Asar.. Nurse semua keluar tinggal Nana, suami & Adra je dalam bilik.. Dekat setengah jam jugak la kitorang bertiga berbonding-bonding dalam tu.. Suka sangat bau Adra masa tu.. Bau syurga :)

Masa ni uri belum keluar lagi. And nana ada rasa sakit sikit macam contraction tapi lebih mild dari contraction nak bersalin.. Tu tanda uri nak keluar..

And masa ni jugak tali pusat pun belum potong.. syukur sangat kami dapat apa yang kami mintak dalam birth plan haritu iaitu nak immediately skin to skin, immediately breastfeed baby, ditinggalkan bertiga dengan baby tanpa gangguan, delay cord clamping almost setengah jam and husband yang cut the cord..

Lepas setengah jam macam tu doktor pun masuk.. Bila doktor kangkangkan sikit kaki nana, ha tudiaaa meluncur uri keluar hehe And then doktor cakap ada tear sikit, tapi natural tear je.. Doktor tanya nak bius ke nak tidur masa doktor jahit tu?

Memikirkan nana dengan tak tidur dah 2 malam, dengan aku malas nak hadap sakit dah hahaha so nana pilih nak tidur.. Nurse suntik ubat tidur kot masa tu.. Then sempat lah dengar husband azankan baby.. sayup-sayup je lepas tu Zzzzzzz.. Sedar-sedar je dah pukul 6 lebih dah.. Lamanya tido! hahah

Panggil husband then nana pun balik bilik, mandi wiladah then rehat dalam bilik :)


Adra Aurelia fresh from mommy womb hehe


Happy sungguh first time papa nih, tambah happy bila muka anak macam mukadia -_____- 


Adra Aurelia Day 2. Masa baru sampai rumah :)


Bersalin dengan Gembira

Alhamdulillah, syukur sangat sebab akhirnya selepas 47 jam bertarung nyawa, akhirnya Allah beri peluang Nana melahirkan seperti apa yang nana harapkan selama ini iaitu without any drugs, as natural as possible.. And Alhamdulillah proses nak melahirkan dalam LR pun tak lama sangat.. Tak sampai setengah jam Alhamdulillah..

Yang paling best, lepas bersalin tu Nana still rasa sangat bertenaga siap sempat sembang dengan doktor masa doktor dok keluarkan sisa2 darah kotor lepas uri keluar hehe.. Siap boleh sembang dengan husband lagi..

Walaupun ini pertama kali Nana melahirkan, tapi nana rasa sangat puassss dan happy! Tak penat
melampau.. Tak stress.. Walaupun sakit 47 jam, tapi Nana boleh control dan masih boleh tahan..

Dan yang paling penting, baby keluar dengan selamat, baby sangat tenang, takde jaundice yang teruk dan nana jalani tempoh berpantang dengan sangat gembira dan tenang walaupun berpantang sendiri (ni later share dekat next entry)

And antara kelebihan melahirkan dengan Gentle Birth ialah, baby akan lebih tenang.. Malam selepas bersalin tu, masa tidur malam rasanya si Adra ni je baby yang tak menangis,, Dari bilik lain semua dengar bunyi baby menangis bersahut sahutan hehe.. And Alhamdulillah sepanjang dalam pantang Adra sangat mudah dijaga.. Jarang menangis yang susah nak pujuk.. Nangis pun bunyi "ek ek ek" je.. Bagi susu terus diam and senyum balik hehe

Harapnya berterusan sampai bila-bila ye nakkk heheh

And jaundice baby Adra pun tak teruk sangat.. Walaupun kami berdua dua-dua darah O.. First time check bacaan jaundice 8.. Second checkup trun 6.. third checkup dah hilang dah jaundice.. Alhamdulillah :)

InshaAllah next entry nanti nana share pulak apa yang nana amalkan masa mengandung yang membantu memudahkan proses kelahiran dan nana kongsikan apa Birth Plan nana yaaa..

Doakan semoga ditingkatkan kerajinan dalam diri ini untuk update selalu hahah

Sebagai penutup, nah belanja gambar photoshoot Newborn Adra haritu masa umur dia 26 hari :)


Doakan Adra Aurelia Ahmad Firdaus membesar menjadi anak yang solehah, hamba Allah yang soleh, yang bijak, yang cantik, yang baik dan beriman yaaaa.. Bye aunties!


4 comments:

  1. Ada part saat Nana melahirkan tetiba air matakh ngalir.. taching sangat.. beruntungnya Nana diberi peluang begitu.. alhamdulillab.. doakan saya jugak ye..

    ReplyDelete
  2. Ada part saat Nana melahirkan tetiba air matakh ngalir.. taching sangat.. beruntungnya Nana diberi peluang begitu.. alhamdulillab.. doakan saya jugak ye..

    ReplyDelete
  3. Comel kisahnya.. Tahniah Nana, Daus dan baby Adra! 😍😍😍

    ReplyDelete
  4. Salam sis. Nak tanya, baby sis sebelum keluar hospital kena vaksin dulu kan for newborn? Ada apa2 kesan negatif tak selepas cocok?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...