Monday, June 24, 2019

PART 1 - HAKIKAT REZEKI YANG SEBENAR - PENGEJAR KUPU KUPU VS PEMBINA TAMAN

Assalamualaikum wbt & hi semua! 

Post kat bawah ni sebenarnya post dari facebook nana, nana decided untuk repost dekat sini sebab nana plan nak tulis dekat blog je topik kuasa minda yang nana nak kongsikan..

Sebabnya, pada nana ilmu ni sangat panjang dan nana nak share sekali dengan gambar so korang akan lebih faham.. Jadinya nana kongsi dekat blog jela ye..

Mudah mudahan ilmu-ilmu yang nana bakal kongsi ni bermanfaat kepada semua.. InshaAllah aminnn :)

____________________


Ramai manusia zaman sekarang tak sedar bahawa mereka tidak ubah seperti PENGEJAR KUPU-KUPU..

Rezeki boleh diibaratkan seperti kupu-kupu.. 🦋Kupu-kupu itu pulak sifatnya adalah berterbangan dan nak tangkap kupu-kupu ni semestinya kena pakai jaring..

Dan setiap kali nak tangkap kupu-kupu, yang mampu kita tangkap hanyalah seekor sahaja pada satu masa kan? Dapat tangkap sekor, kita masuk dalam sangkar.. Tangkap sekor lagi kita masuk dalam sangkar..

Waktu nak bukak pintu sangkar nak masukkan kupu-kupu tu, adakalanya kupu-kupu yang lain pulak terlepas keluar..

Setiap malam, tak mampu nak tidur lena memikirkan kupu-kupu.. Bimbang kupu-kupu terbang lari.. Bimbang kupu-kupunya dicuri orang..

Hati tidak tenang.. Jiwa tidak tenteram.. Makin banyak kupu-kupu dalam sangkar, makin runsing kehidupan.. Makin banyak takut.. Makin banyak risau..

Sedangkan, ada cara yang lebih mudah sebenarnya untuk mengundang kupu-kupu datang hinggap tanpa perlu nak berpening kepala, takut dan risau, serta hati sentiasa tenang dan bahagia.. Tapi dalam masa yang sama, kupu-kupu datang sendiri.. Bukan sedikit, tapi datang berbondong-bondong 😍

Caranya?

BINALAH TAMAN! 😘

Binalah taman yang indah, yang banyak bunga-bungaan yang wangi.. Kerana hakikat kupu-kupu itu tertarik kepada haruman bunga yang harum 💕

Nak tanam pokok bunga yang cantik mekar setaman semestinya perlukan USAHA, perlukan MASA, perlukan kita BAJA setiap hari..

Tapi satu masa nanti, bila taman sudah subur mekar penuh dengan bunga bungaan, kupu-kupu nanti datang sendiri 🦋

Hati kita tenang, tidur malam mampu lena dengan nyaman.. Tak runsing memikirkan kupu-kupu hilang atau dicuri orang.. Manakan tidak, bilangan yang terbang girang di taman pun tak terkira banyaknya 🤗

Andai pun dicuri orang, ah tak kisah sebab nanti pasti banyak yang akan datang lagi..

Hidup bahagia tanpa runsing.. Tenang tak perlu serabut kepala..

Tapi kupu-kupu tetap datang.. Datang dan datang 😊

Indah bukan?

Andai mampu hidup seperti pemilik taman kupu-kupu 💕

Bahagia bukan?

Andai mampu hidup sebagai PENJEMPUT REZEKI ❤️

Yang tidak perlu gusar dan runsing memikirkan rezeki, kerana YAKINNYA mereka bahawa Yang Maha Memberi Rezeki sudah sediakan rezeki yang bukan hanya cukup malahan melimpah ruah buat mereka..

Mereka tak pernah gusar akan kecukupan rezeki, kerana mereka tahu ALLAH KAN MAHA MEMAKBULKAN.. Minta lah saja pada Allah 💕

Namun selain itu, mereka ada memegang TIGA RAHSIA MENJADI PENJEMPUT REZEKI..

Iaitu, sentiasa praktis tiga perkara..

1️⃣ POSITIVE THINKING 

Mereka tahu, sedar dan percaya bahawasanya setiap apa yang mereka fikir itu adalah DOA, imej yang ada dalam fikiran ibarat PROJECTOR yang mana imej yang terpancar pada layar putih itu lah takdir kehidupan mereka.. 

Jadinya mereka sentiasa berfikiran yang baik-baik kerana mereka sedar Allah bersama dengan setiap sangkaan mereka, dan Allah memakbulkan setiap yang ada di fikiran mereka..

2️⃣ POSITIVE FEELING

Di antara minda dan hati, sebenarnya getaran yang lebih kuat terhasil di hati.. Maka tak hairan lah orang yang baik, yang bersih jiwa, yang pemaaf, yang suka kedamaian tak suka permusuhan, yang selalu doakan yang baik2 untuk orang, yang sentiasa BERSYUKUR, kita lihat kehidupan mereka sentiasa tenang dan dipermudahkan.. 

Rezeki hadir berlimpahan.. 

Salah satu cara nak mendapatkan positive feeling ialah melalui AMAL IBADAH dan BERSYUKUR

3️⃣ POSITIVE MOTIVATION

Ramai manusia lemah semangat, lemah jiwa dan tak kuat menempuh kehidupan ini kerana motivasi diri yang lemah.. Punca motivasi diri yang lemah ialah, matlamat hidup tak jelas..

Hidup bukan hanya untuk mengejar duit semata-mata.. Pengejar duit akan lelah seperti mana penangkap rama-rama..

Tapi kejarkan lah hidup memberi manfaat kepada orang lain.. Niat ibarat ALAMAT.. Tersalah alamat maka surat tidak akan sampai..

Sentiasa betulkan niat, nak berjaya, mesti kuat semangat, kerana nak beri manfaat kepada lebih ramai orang di sekeliling kita, InshaAllah

————————

Nak membina taman tidak mudah, tetapi tidak mustahil melalui istiqamah..

Sentiasa amalkan 3 perkara untuk, untuk mengecap 3 rahsia membina taman rezeki seperti di atas..

BERSANGKA BAIK
BERSYUKUR
SENTIASA PERBETULKAN NIAT

InshaAllah semoga sama-sama kita menjadi penjemput rezeki yang berlimpahan, ibarat taman bunga yang mengundang kupu-kupu yang tak terkira banyaknya..

Amin ya rabbal alamin 💕

Dapat sesuatu? Feel free to SHARE this post tak perlu minta izin ❤️

Nana Macarona
Master Coordinator in Shaklee
Founder of Spectacular Empire
A Motivator 
Biz Coach
Health & Beauty Consultant
013-3039242


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...