Alhamdulillah, hari pagi-pagi dah bukak kedai blog.. Bukan apa, sekali dah menaip nih jadi gian tau.. Hehe.. I just love blogging sebab macam-macam boleh cerita..
So apa khabar semua? Ada yang sudah mula rasa tak sihat, demam, batuk atau selsema? By the way, nana Alhamdulillah setakat ini masih sihat sejahtera.. Semalam ada jugak rasa badan macam mula nak demam.. Rasa lemah dan tiba-tiba rasa letih sangat.. Agak sukar nak bernafas dan rasa nak tidur je..
But then tak boleh lah tidur kan.. Sebab semalam dah ada appointment dengan group one of my leader untuk brief mereka mengenai TRIP PERCUMA KE BANGKOK yang semua nanti-nantikan itu.. Nak cancel kelas memang sebolehnya nana takkan buat sebab nana rasa bersalah kalau tak dapat menyampaikan ilmu pada anak-anak didik..
So yang mampu nana buat adalah, double up my Vitamin C intake, double up my Garlic Complex intake, sediakan satu bekas Performance Drink dan minum dengan kerap.. Dan Alhamdulillah, pagi ni semua rasa yang tak best tu dah hilang dan badan nana kembali sihat dan segar :)
Panjang lebar pulak bercerita pasal diri kan.. Hehe.. Tapi nana pasti, semua itu juga berpunca daripada masalah JEREBU yang melanda negara kita ni.. Sebab sepanjang weekend haritu nana memang banyak ada di luar rumah.. So agak terdedah dengan cuaca luar..
I just can't imagine macam mana orang yang memang bekerja di kawasan terbuka.. Allah, mesti lagi mencabar nak menghadapi situasi macam ni kan :(
So di sini hari ni nana nak kongsikan antara cara-cara yang boleh anda amalkan bagi melindungi diri daripada kesan tak baik akibat dari jerebu.. Sebab kita memang tak dapat nak elak macam mana pun.. So mahu atau tidak, yang kita perlu buat adalah LINDUNGI DIRI dan KELUARGA daripada kesan tidak baik akibat jerebu..
1) Kurangkan Aktiviti Luar
Terutamanya buat kanak-kanak dan bayi, orang tua serta wanita hamil. Kalau boleh kurangkan lah aktiviti di luar ya.. Sebab golongan ini merupakan golongan yang agak rendah imun sistem dalam badan berbanding orang dewasa biasa.. So better pada waktu ini cuba kurangkan bawa anak-anak kecil keluar rumah.. Begitu juga wanita hamil dan orang tua..
2) Pakai Air Purifier Dalam Rumah
Nana sendiri memang sentiasa pasang Air Purifier ni dalam rumah. Actually Air Purifier ni nana beli masa tahun 2013.. Waktu tu pun jerebu teruk sangat-sangat melanda negara dan nana dah mula rasa sesak nafas even hanya duduk dalam rumah.. So kami decide untuk beli Air Purifier ni dan Alhamdulillah ianya agak membantu membersihkan udara dalam rumah..
Fungsi Air Purifier ini adalah untuk menapis udara, menyedut dan memerangkap habuk dan menukarkannya kepada udara yang lebih bersih dan segar..
Nana punya jenama Sharp. So far masih bertahan dan berfungsi dengan sangat baik.
3) Minum Air Secukupnya
Terutamanya kepada mereka yang terdedah dengan jerebu, sebaiknya minum air masak dengan lebih berbanding biasa kerana kebiasaannya tekak akan mula rasa perit dan kering.. Air masak membantu untuk elakkan badan kehilangan banyak air dan membantu meningkatkan sistem pertahanan badan..
Walau bagaimanapun, nana lebih suka gantikan air masak kepada air Performance Drink semasa jerebu ini.. Sebab Performance Drink adalah minuman isotonik yang mengandungi mineral dan elektrolit yang membantu elakkan badan hilang banyak air which is lagi bagus berbanding air masak biasa..
4) Pakai Mask Semasa Aktiviti Luar
Yang ini sangat penting ya semua. Sila make sure anda pakai MASK semasa beraktiviti luar ya. Dan sila pastikan pakai mask N95 yang boleh tapis habuk dan small particles ye. Jangan guna mask yang doktor guna dalam dewan bedah tu tauuu..hehe
Nana dulu pun actually guna surgical mask jugak.. Tapi sekarang ni dah tahu kena lah pergi cari mask N95 pulak..
5) Ambil Supplement Untuk Tingkatkan Imun Sistem
Haaaa.. Yang ni tips yang semua orang wajib follow.. Bukan apa, kita memang tak mampu nak elak dari menghadapi masalah jerebu ni.. Tapi kita boleh lindungi badan kita daripada kesan buruk akibat jerebu.. Dan perlindungan paling utama adalah pelindungan dari dalam tubuh badan itu sendiri terlebih dahulu..
Sebab walaupun topeng apa pun yang kita guna untuk elak jerebu, tapi kalau imun sistem tubuh lemah, kita tetap berisiko untuk terkena penyakit.. So adalah sangat PENTING untuk kita lindungi diri kita dengan sistem pertahanan badan itu sendiri..
Antara supplement yang nana WAJIBKAN anda ambil adalah,
Vitamin C membantu meningkatkan imun sistem dalam badan sekaligus menghalang tubuh badan tubuh badan dari mudah terkena penyakit
Vitamin C Chewable yang lebih sesuai untuk kanak-kanak. Juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan dan menghalang tubuh badan dari mudah terkena penyakit.
Performance Drink untuk membantu mengelakkan kehilangan banyak air dan meningkatkan sistem imun badan.
Nutriferon yang mana merupakan immune booster yang mana sangat-sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun badan bagi menghalang mudah terkena penyakit. Juga boleh diambil ketika demam bagi menggantikan paracetamol.
*************
So, nasihat nana, make sure jaga kesihatan anda sebaiknya pada waktu macam ni yaaa.. Elakkan berada di luar rumah.. Dan jom lah kita sama-sama doakan semoga masalah jerebu ini segera berlalu.. Jom kita doakan kesejahteraan semua rakyat malaysia.. MOga terselamat daripada bala bencana dan dugaan yang tak mampu kita tanggung..
Sekian dulu tips daripada nana untuk hari ini yaaa..
Untuk anda yang nak dapatkan supplement-supplement seperti di atas, boleh lah hubungi nana
=============
Pakar Nutrisi Anda,
Nana Macarona
013-3039242
=============
No comments:
Post a Comment