Sunday, August 30, 2015

WAHM ~ Masa Berharga Bersama Keluarga

Assalamualaikum wbt readers :)

Lately saya banyak mendengar cerita dari kawan-kawan dan juga downline bisnes saya betapa mereka terlalu ingin bekerja sendiri di rumah sambil menjaga keluarga.. Sesungguhnya saya sangat memahami perasaan itu kerana walaupun belum ada anak lagi sekarang, maksud saya anak belum keluar lagi, tapi perasaan keibuan saya sangat kuat untuk saya rasa ingin dekat selalu dengan anak saya..

Tak sanggup rasanya nak tinggalkan anak dari pagi sampai ke petang, tambah-tambah lagi dengan orang lain..

Pertama, saya tak tahu sama ada orang lain bakal jaga zuriat yang saya kandung selama 9 bulan ini sebaik saya atau tidak..

Kedua, saya tak sanggup orang lain tahu dahulu perkembangan anak-anak terlebih dahulu dari saya.. Saya tak sanggup orang lain yang update kepada saya mengenai perkembangan anak saya.. Saya ingin melihat dan menyaksikan sendiri setiap perkembangan anak saya.. Saya nak jadi tangan yang mengajar anak saya membaca, mengaji dan bermain.. I just wanna be everything to them..

Ketiga, saya tak sanggup balik ke rumah setiap hari dengan perasaan bersalah kerana membuat anak-anak berasa jauh dari saya.. Bayangkan kalau saya masih bekerja dengan kerjaya lama.. Pergi kerja pagi jam 7.. Balik malam jam 7.. Anak-anak mungkin jam 10 dah tidur.. Saya hanya ada masa selama 3 jam sahaja bersama anak-anak dan suami.. Allahuakbar, saya tak sanggup :(

Disebabkan itu, walaupun saya sendiri bukan lah terus dikurniakan anak selepas berkahwin, saya tetap tak sanggup bekerja makan gaji sebab saya taknak berjauhan dengan suami..

Waktu itu suami masih lagi bekerja makan gaji.. Pada saya,biarlah suami sahaja yang bekerja.. At least suami balik ke rumah saya dah sedia ada di rumah.. Sedia masakkan makanan untuk suami.. Saya yang menunggu suami pulang ke rumah, bukan suami yang menunggu saya..

Pada awal dahulu, pilihan saya untuk bekerja di rumah dapat banyak sangat tentangan dari pelbagai pihak terutama keluarga.. Tapi Alhamdulillah, Allah kurniakan suami yang memahami.. Yang sangat faham betapa saya tak suka bekerja dengan orang.. Betapa saya suka kerja di rumah.. TQ husband!

Dan saya sangat-sangat bersyukur, keputusan untuk berhenti makan gaji telah saya buat 3 tahun yang lalu.. Sebelum zuriat saya lahir ke dunia.. Bermakna once anak dalam kandungan ini lahir, saya sememangnya sudah tersedia bergelar WORK AT HOME MOM.. Bukannya waktu itu baru saya hendak buat keputusan untuk tinggalkan kerjaya saya..

Saya sangat-sangat bersyukur dengan keputusan saya satu masa dahulu.. Dan perkara yang sama saya seringkali pesan kepada anak-anak didik saya yang masih belum berumahtangga dan belum punya zuriat..

Pesan saya, manfaatkan masa single dan masa sebelum ada anak ini untuk struggle sungguh-sungguh buat bisnes.. Supaya nanti masa dah ada anak, bisnes dah stabil.. Masa tu bila2 masa boleh tinggalkan kerjaya makan gaji tanpa perasaan bersalah atau risaukan ekonomi keluarga selepas kita berhenti kerja nanti..

Kena sentiasa pandang ke hadapan.. Sekarang mungkin rasa selesa sebab tiada komitmen dan tanggungjawab pada anak.. Jangan tunggu nanti dah ada anak, waktu tu baru nak struggle dan buat keputusan..

Manakala buat anak-anak didik yang punya anak, tetapi berhasrat untuk WORK AT HOME, sesungguhnya ini perjuangan saya untuk membantu mereka.. Betapa saya ingin setiap daripada mereka menikmati kehidupan sebagai seorang ibu yang mampu menjaga sendiri zuriat mereka dengan tangan mereka sendiri.. Namun, harus lah buat bisnes sungguh2 kalau nak capai impian tersebut..

Kalau tidak, sampai bila impian hanya tinggal impian..

Manakan tidak, nak berhenti kerja di saat pendapatan dalam bisnes tidak seberapa adalah satu keputusan yang besar.. Maka nasihat saya, struggle lah untuk segerakan stabil dalam bisnes.. Supaya lebih cepat anda stabil dan berjaya dalam bisnes, semakin cepat anda boleh capai impian untuk bergelar WORK AT HOME MOM..

Saya doakan semua ibu-ibu serta bakal ibu di luar sana diberikan peluang oleh Allah untuk bergelar WORK AT HOME MOM satu hari nanti..

Sayang macam mana pun anda dengan kerjaya, percayalah keluarga itu lebih utama.. Jangan sampai hilang momen-momen penting bersama keluarga dek kerana kita terlalu pentingkan kerjaya..

Tapi jangan risau, dengan bisnes Shaklee, yang mana merupakan THE BEST HOME BASED BUSINESS, InshaAllah anda masih mampu mencapai impian anda dalam kerjaya, mampu medapat pendapatan lumayan, mampu membantu menjana ekonomi keluarga, tanpa anda perlu mengabaikan keluarga :)

I love my family and I love my career too! And I am so glad that I can have both in my life.. Alhamdulillah :)

Untuk anda yang berhajat bergelar Work At Home Mom bersama bisnes Shaklee, saya sangat mengalu alukan penyertaan anda ke dalam Organisasi kami iaitu Spectacular Empire. InshaAllah anda akan di guide sehingga segala impian anda tercapai. Tapi satu anda harus ingat, andai anak-anak anda jadikan sebagai SEBAB kenapa anda kena berjaya dan bergelar WAHM, jangan pula nanti anak-anak juga yang dijadikan alasan untuk tidak mencapainya..

Mesti kuatkan azam dan semangat untuk cepat-cepat berjaya serta bergelar WAHM!

Hubungi saya, mentor bisnes anda

Master Nana Macarona
Founder of Spectacular Empire
013-3039242

Till then, Assalamualaikum wbt.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...