Friday, March 22, 2013

ABPH Roadtour Kuantan :)

Salam Jumaat Jelitawans sekalian :)

Harini rasa bosan tahap menggila.
Jom kita cuci mata tengok artis jom.
heheheh

Alkisahnya, sabtu lepas nana and suami tiba2 rasa nak pergi somewhere. Actually nana sorang je, suami kena paksa menemani dahku :D
Sebab selalunya weekend kami memang sentiasa full, jarang ade peluang nk cuti masa weekend. Kalau nana takde job, suami yang ada job. And kadang2 dua2 ada job. So kebetulan dua2 tengah free ni, nak berehat dekat tempat selain rumah yg comel ni kan..hehehe

So Jumaat malam tu kitorang tido lambat konon-konon survey tempat bercuti yang best dengan reasonable cost la of course kan. Siap survey tiket airasia tu yang takleh belah. Nak bercuti jauh2 setakat 2 hari je macam tak berbaloi je kan. hehe

Bangun pagi still belom decide. Even mase dah keluar rumah tu pon belom decide lagi nak pergi mana. Boleh? haha Tapi ade lah dua pilihan masa tu. Sama ada Bukit Tinggi ataupun PD.
Kitorang kuar rumah dalam pukul 11 macam tu then terus menuju ke wangsawalk untuk lunch. (cuti2 ni dapur pon cuti la hehe) Masa tengah tunggu makanan tu suami pon call my MIL sembang bla bla bla..Then MIL bagitahu malam ni ade majlis dengan artis yang datang Kuantan untuk ABPH Roadtour. Dengar artis nak datang, kitorang terus tukar fikiran,.Bukit Tinggi ke mana, PD ke mana. Terus gegas-gegas balik rumah pack barang pergi Kuantan. Terok betol perangai. hahahha

Kitorang gerak dari KL pukul 4 petang then sampai Kuantan dekat pukul 7 jugak. Sampai2 tak terus pergi hotel, tapi pergi Pantai Balok demi misi mencari kopok lekor yang katenye super sedap tu. Malangnya, sampai2 je kedai tu dah tutup so kitorang just makan je kat kedai mana-mana tepi jalan yang ade kopok lekor demi tanak kempuanan kan. Sobbssss

Lepas makan terus gerak pegi hotel, sampai then terus bersiap2 nak join majlis makan malam dengan Anak Yatim tu. Sampai2 je kena duduk satu meja dengan Johan Ashaari n Zizan RL. Johan Ashaari sangat polite senyum kat kitorang while Zizan tak pandang pon kitorang. Finee


Johan tengah baca doa. Bakal Ustaz katanya



My FIL tengah sembang2 dengan Aaron Aziz n Zizan RL


Masa nana tengah makan tu, suami merayau2 amik gambar. Harap2 ade fotografer BH perasan akan beliau. hihi


And nana sebenarnya makan tak makan sangat pon. Eksaited nak amek2 gambar dengan artis. Biasela jumpa artis, siapa tak jakun kan. Melainkan kau pun artis.


With Emma Maembong yang super peramah + Cantik + gojes + baik + comel macam2 lagi lah! Before ni tak minat sangat pon dia. Biasa2 je. Tapi lepas jumpa then borak2, Allah, tak sombong langsung :) 



Hanez suraya antara artis yang sangat rajin melayan anak-anak yatim ni. Even dia tak layan nana ajak bergambar tapi takpe, sebab die nak layan anak-anak yatim tu baca buku. Respect! :)


Tengok tu dah start berjoyah. mak aih, gemoknya aku :(



Artis2 dengan anak yatim and pihak hotel :)


Amboi Zubir pon ada? Hati-hati, ade yang memeratiiii. Eh, silap. Tu Kiah Propa lol


Apekah yg aku buat di tengah2 retis sambil bermain tab itu? Adakah berpura2 menjadi artis juga?




Baik je AA :)


Bajet bff la tangkap gambar camtu. ceh


Adira sooo putih.



Suamiku and Aaron Aziz. I think my husband is far more handsome than AA. Semua wife pon rasa macam tu agaknya. hihi


Kite pon mahu juge >.< AA ni salah sorang artis yang sangat sopan dan baik. Siap wish kitorang congrats on our wedding lagi. Even dah jadi pengantin lama pon kan hehe




FIL tengah sembang dengan siapa ntah tak sure. Rasanya orang dari BH. Yang girl tu rasenya kak Cham ke kak Chah entah. Not sure.



Adira with anak-anak yatim. Comel je adik2 ni. Lagi comel dari kakak-kakak retis tu..heheh



Johan Ashaari pakai jubah siap. Ustaz la katakn..hehe



Me, MIL, and kumpulan Sleeq. Tinggi betol la retis2 nih.


ahli baru kumpulan Sleeq :D







Lebih kurang tinggi je. Means suami i pon boleh la jadi artis ye dok? 
Pirah haha





Amboi bangggg








Shaheizy Sam yang humble and sopan je layan peminat 




Rase nak crop gambar sendiri. Gemok sangat apehal?




Abah Mertuaku :)

Lepas habis event kami pun balik bilik tido. Actually haritu tak berapa sihat. Badan rasa nak demam. Tapi entah kenapa masa dalam event tu tak rasa pulak nak demam. Pandai badan bagi kerjasama ye. haha

Esoknya kitorang join Family Day M.S Garden Hotel. Join kejap je before bertolak balik KL dalam pukul 11 pagi.

Sekian, begitulah pengakhiran sebuah weekend yang free, katenye. Lepas ni dah payah nak dapat weekend yang free T____T

p/s: To those yg keep asking me kenapa belom dapat baby lagi, merancang ke? Jawapannya,Kita merancang dan berusaha tapi Allah yang tentukan. Allah cuma belum bagi, bukan taknak bagi. Tapi nana harapkan sangat doa dari awak-awak semua. Doakan cepat2 la keluar junior NM & AF ye. aminnnn :')


Till then, As Salam..











1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...