Thursday, March 10, 2011

Bercintalah dengan berhemah.

"Cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan..walau pedas hingga mengalir air mata masih mahu dimakan jua"

Korang mesti familiar dengan lagu ni kan?alaaa..lagu si apek dengan yusri idaman hati dinda tuuuu..lagu ni agak femes jugak mase zaman aku matriks sebab ni lagu tema geng aku.haha

Bercinta. Semua orang kalau boleh nak bercinta. nak ade orang sayang. nak ade orang care. nak ade orang pujuk kalau menangis. and nak ade orang belikan hadiah. tu paling utama. hihi

** walaupon warna kulit kita tak sama,u macam arang i macam susu,i tetap sayang u sebab u suka bagi i bunga <3


Dulu mase sekolah mak abah selalu pesan, jangan bercinta time belaja. nanti susah nak fokus. Tapi mase tu mane aku nak pikir semua tu. orang lain bercinta aku pon nak bercinta. padahal feeling hape pon tak dak. just nak ade member main mesej je agaknye.

Teringat pulak zaman MRSM balik pulau dulu. aku pernah kena masuk mahkamah MRSM semata mata sebab suspek kapel. haha! Kelakar bunyinya kan? tapi tu la hakikat.Mase tu sedih tak henggat. mula la terbayang muka mak abah kat rumah. buatnya kena gantung sekolah ke kena buang ke tak ke naya. dah la sebab kapel je pulak tu.Ops, SUSPEK kapel je okey. hahah.Padahal aku tak kapel pon dengan mamat tu. ala ala teman tapi mesra jek. Tapi papepon kena la akur kan dengan undang undang sekolah.Mase tu rase macam kolotnye la fikiran orang tua tua ni. macam la korang tak pernah kapel mase zaman muda muda dulu.

**kamu didapati bersalah kerana bercinta dengan keldai!
Tapi bila dah besar ni dah masuk U pon aku mula rasa yang memang betol and patot pon orang tua tua tak bagi kita kapel mase sekolah dulu. Actually benda ni terpulang kat individu. Kalau kau pandai balance okey la. Tapi problem bila kau tak pandai balance antara study dengan cinta ni.........macam aku! agaknye kalau aku tak bercinta and main main mase sekolah dulu dah lepas ke obersi dah agaknye aku. Sobssss Tapi takpe. Tu semua rezeki. QS pon ok what :)


Bila tengah bercinta semuanya rasa indah. Mata tak nampak ape dah dok terbayang boyfriend 24jam. Tak peduli orang sekeliling dah. Kat fb pon penuh dengan kisah percintaan laila majnun. It just fine for me. Takpe je kalau nak tunjuk kasih sayang korang tu. Tapi kan..bila pikir pikir balik, buat ape nak tayang satu dunia kisah cinta kita kan? Sekali sekala boleh je. dua kali dua kala ke kannn..tapi tak perlu kot every post nak cakap pasal pasangan korang. wall to wall apetah lagi. Sms kan ade :D
"kalau ko tak suka baca status aku, tak payahla view wall aku bodoh"
okey okey fine. post korang kan tak keluar kat home (mata ke atas, tangan ke dada)

hahahah

Daripada pengalaman aku yang lepas lepas and ape yang aku tengok kat sekeliling aku, kadang kadang aku rasa bila bercinta ni macam dah adakan sekatan keamanan amerika ke atas iraq plak. nak buat tu tak boleh nak buat ini tak boleh..'kalau macam ni...susahle' ...ingat tak dialog iklan ni? haha
Aku pon tak berapa reti nak bercinta. pecinta agung jauh sekali. Tapi bagi aku, dalam bercinta ke ape ape sekalipon kena la bersederhana kan. Selagi belom ade ikatan yang sah, rasenye tak perlu la kot nak patuh kat sekatan dan arahan yang tak berapa nak masuk dek akal tu. Lagi satu, kalau boleh, tak perlu la tunjukkan sangat kemesraan korang depan umum. Apatah lagi kawan dan famili. Agak kurang manis di sinuunn! :D

i sayang u sangat2 sebab ekor u comel gila! muka u pulak macam justin bieber
lihatlah dunia..betapa intimnya kami! 



Bercinta memang seronok..best gila kot. rase macam di awangan..bahagia macam nak terbang ke langit ke tujuh..Tapi papepon kita jangan lupa yang kita hidup dalam komuniti masyarakat. Biar lah orang sentiasa mendoakan yang baik baik aje untuk kita. Kalau orang meluat, dalam hati menyumpah, tu satu doa..kan?






Yang paling indah sebenarnya ialah bercinta selepas kawen ^___^


Tapiiiiiiiiii....kalau lah kawen tak payah pakai duit, dah lama aku kawen..hahahha gila gatal!

okey lah
sampai sini je..
ni just pendapat aku je.tak ade kena mengena sama ada dengan yang hidup mahupon yang dah meninggal

Moralnya di sini, bercintalah dengan berhemah! 




dannnn jangan lupaaaa



SENYUM LAH SEINDAH SURIA ^____^

10 comments:

  1. Last sekali aku pergi berkhemah, masa kat sekolah SMKBBSB dulu kot. pastu aku dah tak join dah aktiviti2 berkhemah ni. So, rasanya memang mustahil la untuk aku....

    ... errr... tajuk entri ni apa tadi?

    'Bercinta dengan berkhemah' kan?

    Haha nice entri anyway! Nasib baik aku tak masuk MRSM bye!

    ReplyDelete
  2. duri: bukannn huhu

    am: hahahha..senget je ko.ok la nanti aku tuka la tajuk entry ni demi ko :D

    ReplyDelete
  3. suka!!!! hahaahahaha... selain itu, nak tambah serba skit.. psl cinta2 jugak.. kalo rase masih syg lagi bekas girlfren, xpayah tergopoh2 cr girlfren baru.. settle mslh korang btol2.. takde la abis huru-harakn idop org lain.. btol2 pentingkn diri.... urghhhhhhh... benci mereka!!!! =.="

    ReplyDelete
  4. cinta tuh penting, tp bkn hidup utk cinta ;)

    ReplyDelete
  5. jibah syg: betol..kite bakor mereka! jijik kan! huhu

    iaieyana: betol2..ade lagi benda lagi penting dari cinta.

    ReplyDelete
  6. s0kong! bercinta selepas perkahwinan ^^,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...