Assalamualaikum w.b.t..
Hye everyone!
Baiklah..before tu, kat blog ni saya bukan saje akan menceritakan pasal servis-servis saya tapi jugak saya akan berkongsi dengan korang semua tips-tips kecantikan..sharing is caring bak kate orang jawa..;D
Pastu korang jangan la pulak komen "nana tu dok bagi tips, mekap orang, wat facial kat orang padahal muka dia bukan cun mana pon" wuwuuwu..sedeynye.janganlah begitu.saya tak cantek takpe janji korang cantik meletop lip lap mabeless gojes giteww!
Okey, korang mesti penah berkeadaan bila tak cukup tido mulalah ade lingkarang gelap bawah mata/dark circle..kan? Then bila tengok cermin mula lah confius sama ada korang ni panda or manusia??
Masa kecik-kecik selalu mintak mak belikan panda bear nak buat peluk malam-malam..mak tak bagi patung panda tapi bagi bantal..So..paham2 la nape aku ade 'bantal wangi' bila dah besar ni..;D
Panda memang sangat comel! kalau pegi zoo tak tengok panda memang tak sah!
sumpah comel! macam kain yg sidai kat ampaian pon ade.;D (foto grabbed from google)
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
tu panda!
Kalau manusia yang bermata macam panda pulak still comel ke?
-pic taken from google-
Bagi sesape yg rase comel and nak buat ini sebagai satu trend mungkin,korang leh stop membaca.Tapi bagi yg nak tahu macam mane nak menghapuskan panda di mata silalah continue..hee
ada banyak sangat cara untuk menghapuskan 'Panda' ni, antaranya ;-
1. Rendam uncang teh dalam air sejuk..then sejat sekejap pastu leh la taruk kat mata selama lebih kurang 15minit.
2. Selain teh, korang boleh cuba dengan timun.Timun ni aku habaq kat hampa, bukan je sedap buat ulam or makan gn nasik lemak, tapi jugak sangat berkesan menyegarkan mata.caranya ialah, Korang hiris nipis-nipis timun..Then taruk kat mata..Make sure timun tu sejuk and baru keluar dari peti ais.Memang layan wa cakap lu..
3. Cara yang seterusnya ni lah paling senang semudah ABC.Caranya ialah korang celup kapas muka dalam air sejuk then tekap kat mata..untuk menghapuskan dark circle tak berani jamin..Tapi kalau untuk segarkan mata memang mabeles jugak la..
Selain cara-cara di atas, ade satu tips yang sangattttttttttt berkesan untuk hapuskan dark circle and segarkan mata..caranya ialah...GET ENOUGH SLEEP!
hahhaha
Tapi as a student memang tak dinafikan susah beb!
Students ni tak pernahnye tido awal..Even dah pukul 3-4 pg pon still leh slumber lepak makan megi sambil anyam ketupat..hahhah
So kepada sesiapa yg bermasalah dengan dark circle/mata layu sila cuba tips di atas ye..;)
Tapi kalau nak cara yg lagi malatooopppsss mantap gabu segala, uolls boleh la datang buat facial kat sy sebab ade perkhidmatan facial massage sekali dengan mata sesuai untuk mengatasi mata penat etc etc..;)
(sempat lagi promosi) hahahha
K la..nak sambung layan jozan kat youtube!
Love ya!
Senyum Seindah Suria!^___^